Bekalan Makanan Dijamin Mencukupi Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Datuk Rosol Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

KUALA TERENGGANU: Datuk Rosol Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, menerangkan stok barangan keperluan untuk semua isi rumah di Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan adalah mencukupi untuk menampung keperluan rakyat seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak panik serta mengamalkan pembelian secara tenang dan berhemah bagi memastikan bekalan keperluan harian sentiasa mencukupi.

Datuk Rosol Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Rosol Wahid Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 

Beliau berkata, kerajaan yakin bekalan makanan mencukupi selepas pengeluar utama bahan keperluan asas memberi jaminan bekalan tidak akan terputus sepanjang PKP.

“Tetapi rakyat perlu mengamalkan pembelian secara berhemah dan tidak panik, serta membuat pembelian mengikut kegunaan.

“Hasil tinjauan dilakukan sehari sebelum kerajaan mengumumkan PKP, kita dapati rakyat membeli barangan secara panik sehingga menimbulkan menggusarkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kerajaan juga turut memberi jaminan tiada kenaikan harga barangan.

“Kita sudah mengarahkan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengaktifkan operasi.

“Kerajaan tidak akan berkompromi, peniaga yang didapati mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Rosol berkata hasil pemeriksaan dilakukan selepas kerajaan mengumumkan tempoh lanjutan PKP sehingga 14 April depan mendapati stok bekalan barangan keperluan asas mencukupi.

“KPDNHEP akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri bekalan makanan untuk memastikan barangan keperluan asas termasuk beras, gula, tepung mencukupi, ” katanya.

One thought on “Bekalan Makanan Dijamin Mencukupi Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERINGATAN MESRA

Terma & Syarat :

Pembelian sebelum 9 pagi akan di proses hari yang sama. pembelian selepas jam 9:01 pagi akan di proses hari berikutnya.

Tempahan akan dihantar dalam tempoh 2-3 jam selepas belian dibuat.