Jaga kebersihan diri elak dijangkiti COVID-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat meningkatkan amalan penjagaan kesihatan bagi menghindari diri dan ahli keluarga dijangkiti COVID-19.

Perdana Menteri turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan diri masing-masing dalam keadaan bersih, selain menggunakan topeng muka dan mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Kurangkan bersentuhan dan bersalaman. Elakkan daripada menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini,” katanya ketika menyampaikan perutusan Perdana Menteri berkaitan penularan jangkitan COVID-19, yang disiarkan secara langsung di RTM, TV3, Bernama TV dan Astro Awani, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin turut mendoakan supaya penularan COVID-19 berjaya ditangani dengan segera dan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dengan selamat.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19,” katanya.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik berikutan penularan wabak itu ke 125 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Pandemik diisytiharkan apabila wabak tersebar merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia dan membabitkan jumlah populasi yang besar dengan pantas serta menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

Menurut laman sesawang WHO, sebanyak 132,567 kes COVID-19 dikesan di 123 negara setakat hari ini, membabitkan 4,947 kematian sejak wabak itu mula merebak di Wuhan, China pada Disember tahun lalu.

Berikutan dengan situasi perintah kawalan pergerakan dijalankan, GanuFresh telah mencipta satu platform untuk memudahkan rakyat Terengganu untuk membeli barang keperluan dapur seperti barang basah, sayur, ikan dan sebagainya. Kini anda semua boleh membeli secara atas talian, tanpa keluar rumah dan tidak perlu lagi untuk bersusah payah untuk membeli barangan keperluan. Anda semua hanya perlu ke lama web www.GanuFresh.com dan ikut langkah seterusnya. Terdapat pelbagai kebaikan dan kemudahan yang boleh kita gunakan dengan membeli secara atas talian dengan GanuFresh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERINGATAN MESRA

Terma & Syarat :

Pembelian sebelum 9 pagi akan di proses hari yang sama. pembelian selepas jam 9:01 pagi akan di proses hari berikutnya.
Tempahan akan dihantar dalam tempoh 2-3 jam selepas belian dibuat.

Need Help? Chat with us