Kini Anda Boleh Beli Barangan Dapur Secara Online, Tak Perlu Ke Pasaraya Lagi!

 

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin. Untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020.

Pada musim wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, adalah lebih baik jika orang ramai membeli barangan dapur secara online sahaja. Beli barang secara online sudah menjadi trend. Semua di hujung jari dengan hanya menggunakan telefon bimbit atau komputer sahaja. GanuFresh menyediakan servis pembelian, pembungkusan dan penghantaran barangan dapur basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah- buahan dan barangan asas di dapur terus ke rumah pelanggan melalui Sistem Atas Talian.

GanuFresh ini akan memudahkan penduduk di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus untuk pembelian barangan dapur secara online tanpa perlu keluar ke mana-mana. Orang ramai mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Untuk memudahkan pembelian dan penghantaran barangan dapur basah yang boleh memenuhi keperluan, GanuFresh senaraikan beberapa barangan yang boleh dipilih mengikut kategori yang diperlukan. Anda boleh memilih pilihan produk yang ada di dalam website, klik pada butang Add to cart dan buat pembayaran. Runner kami akan memproses order anda dengan kadar segera.

 

Manfaat Jika Membeli Barangan Dapur Basah Secara Online

Beli barang dapur online juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Pada musim penularan virus korona ini, adalah lebih baik jika orang ramai membeli barangan dapur secara online sahaja untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada jangkitan wabak COVID-19. “Just stay at home!”.

  • Tidak perlu bersesak-sesak di pasar raya
  • Tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran
  • Mengurangkan risiko pendedahan terhadap jangkitan COVID-19
  • Tidak perlu bersentuhan dengan individu lain yang boleh merisikokan kepada jangkitan
  • Kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)
  • Menjimatkan masa yang boleh dimanfaatkan di rumah
  • Tidak membazirkan tenaga anda untuk keluar ke pasar raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERINGATAN MESRA

Terma & Syarat :

Pembelian sebelum 9 pagi akan di proses hari yang sama. pembelian selepas jam 9:01 pagi akan di proses hari berikutnya.

Tempahan akan dihantar dalam tempoh 2-3 jam selepas belian dibuat.