Nak Belanja Barang Dapur Rumah Sekarang Lebih Mudah Dengan Online Di Terengganu

Barangan Basah GanuFresh.com beli online barangan dapur

BAGAIMANA GANU FRESH DAPAT MEMBANTU ANDA?

Kami menyediakan servis pembelian, pembungkusan dan penghantaran barangan dapur basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah- buahan dan barangan asas di dapur terus ke rumah pelanggan melalui Sistem Atas Talian. Berita baiknya, kami beroperasi setiap hari untuk anda.
Pelanggan tidak perlu lagi bersesak di Pasar Borong untuk mendapatkan barangan segar di pagi hari. Kami bantu belikan untuk anda dan hantarkan barangan tersebut. DAKYOH GI PASO DOH.
 

MACAM MANA NAK BELI?

Layari sahaja https://ganufresh.com
Di sini terdapat pelbagai pilihan barangan dapur basah yang memudahkan anda membelinya.
Anda hanya perlu
  1. PILIH >
  2. ISI MAKLUMAT PENGHANTARAN >
  3. BAYAR >
  4. BARANGAN SAMPAI KE RUMAH ANDA
Semua urusan pembelian hanya akan menggunakan website.
 

ORDER HARI NI, BOLEH DAPAT BARANG TERUS?

Oleh kerana kami mendapatkan stok barangan daripada Pasar Borong yang menawarkan bekalan yang segar dan waktu perniagaan pasar borong yang singkat, belian barangan oleh pelanggan perlu dilakukan sehari lebih awal (PRE-ORDER) atau sebelum pukul 7.00 pagi hari berkenaan.
 
Sebagai Contoh ;
Order Dibuka 7.01am (1hb) – 7.00am (2hb) ; Pemprosesan dan penghantaran akan dilakukan pada 2 hari bulan.
 

BAGAIMANA DENGAN HARGA DAN TIMBANGAN BERAT PRODUK?

Kami mengamalkan penjualan harga tetap yang bermula dari RM10 dan ke atas.
 
Cuma, pelanggan akan mendapat berat produk yang berbeza mengikut harga pasaran. Harga pasaran berubah-ubah dan senarai harga itu boleh disemak setiap hari di https://ganufresh.com/senarai-harga-semasa-barangan/
 

KAWASAN MANA YANG DITERIMA UNTUK PENGHANTARAN?

Buat masa ini, kami menawarkan penghantaran di kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja. InsyaAllah kami akan melebarkan lagi kawasan penghantaran dari semasa ke semasa.
 
Sistem kami akan menolak proses pembelian sekiranya alamat yang dimasukkan pelanggan di luar kawasan operasi.
 

BAGAIMANA DENGAN PEMBAYARAN?

Semuanya di hujung jari, kami tidak menerima Cash. Semua urusan bayaran perlu diselesaikan di website melalui sistem pembayaran Online kami.
 
Selesai pembayaran dijelaskan, barulah pesanan pelanggan akan diterima sebagai pembelian. Runner atau Rider tidak mengambil wang daripada anda.
 

BAGAIMANA KALAU BARANG YANG SAYA ORDER TAK ADA STOK?

Pembelian dilakukan secara Pre-Order.
Sekiranya hari berkenaan didapati barangan yang dipesan pelanggan tidak ada atau habis, kami menawarkan penukaran barangan lain atau kami akan memulangkan semula wang pelanggan dalam tempoh 3 hari bekerja.
 

BAGAIMANA KALAU BARANG YANG SAYA TERIMA TERSILAP DAPAT ATAU TIDAK BERKUALITI BAIK?

Kami memohon maaf sekiranya berlaku hal sedemikian.
Pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di https://ganufresh.com/contact/ atau menekan butang Messenger FB di website kami untuk memaklumkan perkara itu. InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan aduan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERINGATAN MESRA

Terma & Syarat :

Pembelian sebelum 9 pagi akan di proses hari yang sama. pembelian selepas jam 9:01 pagi akan di proses hari berikutnya.
Tempahan akan dihantar dalam tempoh 2-3 jam selepas belian dibuat.

Need Help? Chat with us