Penghantaran & Pemulangan

PENGHANTARAN

Ganu Fresh menawarkan khidmat ‘same-day delivery’, bermakna kami akan menghantar pesanan anda pada hari yang sama jika anda membuat pembelian sebelum pukul 12 pagi. Jika pesanan dibuat selepas itu, pesanan anda anda akan diproses keesokkan harinya.

Pihak kami akan berikan maklumat penghantaran melalui e-mail sebaik sahaja pesanan anda diproses.

Penghantaran akan dilakukan melalui khidmat Runner kami sendiri.

Bagi kes sekiranya penghantaran tertunda disebabkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan, anda akan dimaklumkan tarikh penghantaran melalui Whatsapp.

Ikuti laman Facebook kami untuk sebarang info terkini.

Jika pihak kami atas sebarang sebab tidak dapat menepati tarikh penghantaran yang dimaklumkan, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian, kos, kerosakan, cas-cas lain atau sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan anda berpunca daripada kelewatan itu.

Jika anda atau wakil anda tidak dapat menerima pesanan anda, anda boleh menghubungi kami di sini.

Untuk menjejaki pesanan anda, sila gunakan Order ID yang dihantar kepada anda melalui e-mail.

Untuk langkah berjaga-jaga, sila simpan resit/bukti pembayaran untuk setiap pesanan yang dibuat.

Bagi kes kecacatan produk ataupun kesilapan dari pihak kami, sila baca seterusnya berkenaan Polisi Pemulangan kami.

PENUKARAN DAN PEMULANGAN:

Kami menerima pemulangan dan penukaran item berdasarkan syarat-­syarat berikut:

  • Sekiranya terdapat kesilapan atau kerosakan pada item yang dibeli.
  • Pemulangan mestilah dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan.
  • Semua penukaran akan diproses dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan di pihak kami. Penghantaran semula kepada pelanggan adalah mengikut jadual penghantaran kami.
  • Pelanggan perlu menyatakan bukti pembelian seperti nama penuh, gambar produk, nombor telefon, bukti pembayaran, nombor pembelian, nama produk, kod produk dan alasan yang sah bagi pemulangan item.
  • Kami hanya akan menukar item pemulangan berdasarkan butiran yang terdapat pada pesanan asal.
  • Item yang dipulang hendaklah dalam keadaan baik (berlipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam plastik).
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas barang yang dipulang sampai ke pihak kami.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran kepada butiran yang disertakan dalam order asal.

PENUKARAN ITEM DARI PERMINTAAN PEMBELI:

Kami juga menerima pemulangan dan penukaran item yang telah pun dibeli dengan permintaan pelanggan berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Caj penghantaran ke pihak kami dan kos penghantaran semula ke pihak pelanggan akan ditanggung oleh pelanggan.
  • Pemulangan mestilah dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Semua penukaran akan diproses dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan di pihak kami. Penghantaran semula kepada pelanggan adalah mengikut jadual penghantaran kami.
  • Pelanggan perlu menyatakan bukti pembelian seperti nama penuh, nombor telefon, bukti pembayaran, nombor pembelian, nama produk dan kod produk.
  • Pelanggan hendaklah menyertakan biaya pengeposan semula ke dalam sampul item pemulangan.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas item pemulangan sampai ke pihak kami.
  • Item yang dipulang hendaklah dalam keadaan baik (berlipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam plastik).
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas barang yang dipulang sampai ke pihak kami.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran kepada butiran yang disertakan dalam order asal.