Mesti ramai antara kita rasa semua cili kering sama je. Padahal cili kering ada beberapa jenis dan nama yang tersendiri. Jadi hari ini kami nak kongsikan jenis-jenis cili kering dan sesuai untuk masakan jenis apa.
1. CILI KERING BERKILAT
Senang je nak tahu sifat cili kering jenis berkilat ni. Dia lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah menyala dan tak bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murah. Cili kering jenis berkilat tak sesuai untuk masakan panas.
2. CILI KERING BERKERINTING Cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat memang sesuai untuk semua jenis masakan.
3. CILI KERING GEMUK Cili kering jenis ini pula sifatnya gemuk, kurang biji dan berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak. Cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur.
4. CILI KERING PAPRIKA Yang terakhir, cili kering paprika. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna merah menyala. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk dan amat sesuai digunakan untuk masak kari dan tomyam.
Reviews
There are no reviews yet.